Laluan Para Nabi👑
Laluan Para Nabi 👑 . . Ini adalah Qal'ah Usfan. Ia merupakan sebuah kubu pertahanan perang yang dibina dengan ukuran lebarnya 200 meter persegi. Dahulu ia terbina dengan 4 menara kawalan dan 2 menara tambahan diantara 4 menara ini. jumlah keseluruhan ada 14 menara. Ia dibina menggunakan batu gunung berapi jenis Basalt. Menurut pengkaji sejarah, ia dibina sejak dari zaman Abbasiah lagi iaitu sekitar kurun ke 6 hijriah/bersamaan kurun ke 14 masihi. FUNGSI QAL'AH USFAN Ia digunakan untuk mengawal keselamatan laluan jemaah haji yang datang dari Mekah ke Madinah. Tetapi yang lebih istimewa lagi, lembah Usfan inilah yang dahulunya sering menjadi laluan utama bagi para rasul menunaikan ibadah haji sehingga ia diberi gelaran "laluan para nabi" Kredit: Shahrul Nizam 👑