SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1441 HIJRAH




















SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1441 HIJRAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan,

Dengan masa yang ada ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak bersamaan dengan 1441 Hijrah pada tahun ini kepada keluarga saya, sahabat sepejuangan, guru-guru, pensyarah dan rakan-rakan yang mengenali saya secara langsung dan tidak langsung.

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengambil ruang dan peluang, ingin memohon maaf kepada semua andai tersalah bicara secara langsung dan tidak langsung sepanjang perkenalan kita.

Malah pada bulan yang penuh dengan kemulian ini juga marilah kita sama-sama menjalani ibadah puasa dengan sebaik yang mungkin. Semoga ramadhan pada tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya.

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajidkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajidkan keatas mereka yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” 
(Surat Al-Baqarah, Ayat 183)

Semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat dan keampunan-Nya untuk kita semua.

InsyaAllah. Ameen.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Marhaban Ya Ramadhan

Ingatan Tulus Ikhlas :
AWIS AL QARNI BIN SHEHARUDDIN
IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING DENGAN KEPUJIAN
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Ulasan

Catatan Popular