Al-Quran dan Dusun Tasek Lenggong Perak
Al-Quran dan Dusun Tasek Lenggong Perak
1. Ketika saya berumur belasan tahun saya diberitahu oleh orang tua-tua bahawa di kawasan dusun ini terdapat gua yang menjadi tempat persembunyian orang-orang kampung ketika Jepun menyerang Tanah Melayu.
2. Di kawasan ini juga terdapat kubur “ Tok Tong” yang dibina oleh pihak muzium. Tok Tong ini dikatakan sebagai orang yang membuka Lenggong Perak.
3. Ayah menceritakan kepada saya bagaimana peristiwa Gunung Runtuh berlaku.
4. Pada suatu malam, ayah saya (Cikgu Nuruddin) bersama rakan karib beliau Pakcik Ibrahim telah pergi ke kaki gunung runtuh untuk belajar mengaji Qur’an dengan Tok Guru yang dikenali sebagai “Pak Cik Muhammad” yang membina pondok di kaki bukit tersebut. Tok Guru juga menanam padi huma dan pisang di kaki bukit ini.
5. Dalam perjalanan mereka menuju ke pondok Tok Guru mereka terdengar gauman harimau di puncak gunung hati mereka menjadi tidak sedap dan berhasrat untuk membatalkan pengajian pada malam itu.
6. Namun, sebaik sahaja mereka sampai ke kaki gunung tersebut, kedengaran seperti tanah runtuh dan serta merta air telah turun dengan lajunya bersama-sama dengan lumpur dan batu-batu besar. Rupanya, di puncak gunung tersebut terdapat kawah yang menakung air dan lama-kelamaan apabila air telah penuh dan kawah tersebut pecah menyebabkan berlakunya Gunung Runtuh
7. Dalam keadaan kecemasan tersebut, Tok Guru dan isteri sempat menyelamatkan diri bersama-sama dengan 2 orang anak murid dalam keadaan gelap gelita.
8. Ayah memberitahu air naik begitu cepat sekali. Pada mula air hanya diparas kaki kemudian naik ke paras pinggang dan akhirnya airnya hingga ke paras leher. Mereka terpaksa meranduk air dalam keadaan malam yang hitam pekat
9. Keesokan harinya, ayah, rakan karib dan Tok Guru pergi semula ke tempat Gunung Runtuh untuk melihat keadaannya.
10. Didapati kesemuanya telah ranap hancur musnah dan tenggalam dalam lumpur dan batu-batu besar bertaburan. Kesemua padi huma dan pokok-pokok pisang telah tenggelam dalam lumpur.
11. Cuma, hanya satu yang Allah SWT selamatkan iaitu “ Al-Quran”. Al-Quran tersebut terletak elok sahaja di atas batu besar yang tinggi dan ditutup dengan atap rumbia. Secara logiknya, bagaimana Al-Quran yang berada di bawah boleh melayang di atas batu yang tinggi hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
12. Tok Guru dan ayah memeluk dan mendakap Al-Quran tersebut dan sebak dengan kekuasan Allah SWT yang telah menyelamatkan Al-Quran tersebut. Al-Quran tersebut diselak helaian demi helaian dan tidak ada helaian yang rosak. Tok Guru menamakan Al-Quran tersebut sebagai “ Al-Quran Keramat”.
13. Mereka juga baru tahu bahawa bunyi gauman harimau menandakan keadaan tidak selamat apabila batu-batu kecil mulai gelunsu turun ke bawah.
14. Kini, bila tanya ayah di manakah Al-Quran tersebut. Ayah cakap dia tak tau siapa yang menyimpannya dan ayah masih boleh kenal Al-Qurqn tersebut jika dilihat semula.
15. Selain kisah Gunung Runtuh sebenarnya, dusun ini menyimpan banyak kisah BENAR dan SERAM yang pernah berlaku di sini.
16. Kisah-kisah ini berdasarkan pengalaman ayah yang berdepan dengan situasi-situasi SERAM tersebut, pengalaman-pengalaman orang-orang yang masih hidup dan pengalaman sendiri
17. Wallahualam









Ulasan