Hantu penanggal 2020
PENANGGAL...
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Suatu masa dahulu,kebanyakan masyarakat melayu menganuti agama pagan sebelum kedatangan Islam ke tanah melayu. Para penganut agama pagan ini mempercayai bahawa setiap objek di muka bumi ini tidak kira sama ada yang bernyawa atau pun tidak,mempunyai ‘penjaga’ atau ‘tuan’.
Disebabkan hal inilah,kebanyakan masyarakat melayu terdahulu mengamalkan pembelaan makhluk-makhluk halus seperti hantu raya,penanggal,saka dan sebagainya. (Sebagai umat Islam,kita wajar berpegang teguh bahawa kesemua makhluk ghaib ini hanyalah jelmaan jin/syaitan)
Penanggal. Merupakan satu spesies hantu yang tidak memiliki populariti yang tinggi jika dibandingkan dengan ‘teman seangkatan’nya seperti hantu raya,pontianak dan pocong namun kewujudan hantu penanggal di Malaysia kini semakin menjadi buah mulut orang ramai.Pada awalnya, ramai menganggap ia hanyalah dogma atau mitos namun setelah ramai yang mendakwa terserempak dengan penanggal,kewujudan penanggal sudah mula diterima.
Hantu penanggal kebiasaannya dipelihara oleh wanita dengan tujuan untuk menjaga harta dan memudaratkan musuh.Apa yang menggerunkan adalah si tuan yang membela penanggal mampu menjelma menjadi sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Darah ibu mengandung atau yang baru melahirkan anak menjadi makanan kegemaran si penanggal.
Banyak cerita seram pengalaman mereka yang pernah terserempak dengan penanggal atau di kalangan penduduk Sabah ia dikenali dengan nama Balan-Balan..Jom ikuti satu kisah yang sempat kami petik dari laman mforum.cari.com.my:
Kisah ini terjadi pada 8 bulan lepas, Menurut saudara saya, padam malam tersebut rakannya baru balik dari satu majlis kesyukuran yang dibuat oleh ibu mertuanya.. Dia yang bersama isteri dan anak lelakinya pada waktu itu menggunakan satu jalan yang agak suram dan gelap.. Seperti pada malam-malam yang biasa, tidak ada sebarang peritiwa aneh yang berlaku sepanjang mereka menggunakan jalan tersebut.
Namun pada malam yang berikutnya.. Satu peristiwa yang agak seram dan menakutkan terjadi kepada 3 beranak ini.. Semasa mereka melintasi satu kedai dikampung tersebut, anak mereka terlihat satu bentuk seakan-akan penanggal berlegar-legar disekeliling tiang lampu yang tidak jauh dari mereka. Penanggal tersebut seperti tidak mengendahkan kehadiran mereka, sehinggalah anak lelaki mereka itu menegur benda tersebut dengan bertanyakan kepada ibunya apakah benda yang terbang berdekatan dengan tiang lampu itu?!
Seperti didengari oleh penanggal tersebut, terus ia mengekori mereka dari belakang sehingga menyebabkan anak mereka menangis ketakutan… ibunya yang dari tadi menyangka penganggal yang terbang mengekori mereka itu adalah seekor burung, turut menangis dan mengarahkan suaminya memandu kereta dengan laju!
Walaupun setelah beberapa kilometer, penanggal tersebut masih mengekori mereka dari belakang.. untuk menenangkan keluarganya, rakannya telah membaca beberapa patah ayat suci Al-Quran serta ayat kursi sebagai pendinding.. Penanggal tersebut bertambah ganas! ia menghentak-hentakkan kepalanya ke arah tingkap kereta yang dipandunya seakan-akan ingin mengacahnya!
Penanggal itu seperti tidak takut dengan ayat-ayat di bacanya..semakin dibaca.. semakin bertambah agresif penanggal itu! Penanggal itu terbang beriringan dengan keretanya dan memerhati mereka dari tepi tingkap.. oleh kerana takut sangat..rakannya tidak berani menoleh untuk melihat wajah penanggal tersebut!
Nasib mereka agak baik.. tidak lama selepas itu, terdapat satu kereta yang dipandu bertentangan telah membunyikan hon seperti ingin memberitahu dia juga terlihat penanggal tersebut.. Oleh sebab lampu terang dan bunyi hon itu, penanggal tersebut berubah arah dan mengejar pula kereta yang telah membunyikan hon itu!
Menurut saudara saya, selepas peristiwa itu… Rakannya telah mengambil cuti selama 2 minggu untuk memulihkan kembali semangat nya!
Hasil kaji selidik kami mengenai hantu penanggal ini juga mendapati bahawa hantu penanggal ini banyak terdapat di daerah Kota Belud, Sabah..! Dan orang-orang Kota Belud tidak berani untuk menyebut nama ‘penanggal’ atau ‘balan-balan’ kerana dipercayai hantu penanggal ini akan mengganggu mereka yang menyebut atau memanggil namanya.
Ada juga pihak yang mendakwa bahawa penanggal ini seperti saka yang diturunkan kepada generasi seterusnya. Ada yang diperturunkan secara paksa atau mungkin juga secara rela. Anak atau cucu kepada tuan si pembela penanggal kadang-kadang tidak mengetahui bahawa diri mereka adalah penanggal kerana penanggal tersebut diperturunkan secara tidak rela oleh datuk/nenek/moyang mereka.
Dan ini pula satu lagi kisah yang kami jumpa berkenaan hantu penanggal di semenanjung:
Nak share juga satu kisah dulu kala, time aku study kat satu sekolah di Manjung, Perak hehe.
Sebelah sekolah aku tu Hospital Manjung, sangat dekat, seberang jalan je, aku masuk sekolah tu tahu 1996-1997. Dok hostel, malam ada sessi prep.
Dari Hostel ke kelas, kena lalu bengkel bengkel la, jauh la gak, belakang hostel tu agak macam hutan/kebun. Belakang kebun tu ada kampung gak.
Adalah kebiasaannya, bila start lalu bengkel tersebut untuk ke kelas, tetiba ada bau hanyir, akan ada la susuk kepala yang terbang, dari kawasan hutan/kebun di belakang. Dan menuju ke arah hospital. Orang kata, kepala tu terus gi area bilik bersalin.
First time ternampak, agak rasa terkedu, dan bila dah almost seminggu dalam 2 kali nampak benda macam tu, dah jadi macam show plak hahaha, masing2 dok tengok dari koridor kelas tersebut. Tapi sepanjang kejadian tersebut, tak pernah plak nampak kepala tu keluar dari hospital, maybe dia ikut jalan lain kot balik umah hahaha.
Pernah beberapa kali try amek gambar ( guna film time tu ), bila develop film tu, takde apa yang terhasil. Nak kata hanya ilusi mata, ramai plak dok tengok kepala tu terbang gi hospital hehe.
Tapi bau hanyir bila dia nak sampai tu memang agak kuat/pekat lah.

Ulasan