𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 (𝐏𝐊𝐃) 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 (𝐒𝐏𝐑) 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐈𝐍-𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 (𝐏𝐑𝐊) 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐈

𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 (𝐏𝐊𝐃) 𝐏𝐄𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐑𝐀𝐏𝐀𝐓 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐀𝐍𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 (𝐒𝐏𝐑) 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐈𝐍-𝐋𝐀𝐈𝐍 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 (𝐏𝐑𝐊) 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐈

Seperti makluman umum, pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini sedang berlangsung pada hari ini, iaitu 4 Julai 2020. PKD Pekan dan lain-lain agensi telah memulakan persiapan sejak awal lagi bagi memastikan proses pengundian berlangsung dengan lancar dengan kepatuhan terhadap normal baharu dan SOP yang telah ditetapkan.

Antara persiapan dan langkah pencegahan jangkitan COVID-19 yang dilaksanakan oleh PKD semasa PRK Chini dijalankan adalah:
• Mesyuarat penyelarasan PRK telah diadakan sebulan yang lalu di Pejabat Daerah Pekan bersama SPR Negeri Pahang;
• Taklimat kepada semua petugas SPR dan simulasi turut diadakan bagi petugas kesihatan yang terlibat;
• Penyediaan pasukan perubatan dan pasukan pemantau di lokasi pengundian;
• Pasukan pemantau menjalankan aktiviti pemantauan di dalam pusat mengundi secara keseluruhan untuk memastikan pengundi patuh kepada SOP;
• Pasukan perubatan yang bertugas di khemah khas mengundi akan membuat pemeriksaan suhu;
• Bagi pengundi yang gagal saringan suhu dan bergejala, mereka akan membuat undian di khemah khas dengan SOP yang telah ditetapkan. Pengundi tersebut seterusnya akan diperiksa pasukan perubatan untuk tindakan selanjutnya.

Seramai 140 orang anggota kesihatan bertugas di 13 pusat pengundian. Sehingga jam 3 petang hari ini:
• 98 pengundi telah dirujuk ke khemah rawatan;
• Enam (6) pengundi didapati bergejala dan dibenarkan mengundi di khemah rawatan; dan
• Seorang pengundi dirujuk ke Klinik Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Syabas diucapkan kepada semua petugas yang telah menjalankan tugas masing-masing agar proses pilihanraya ini dapat berjalan dengan selamat. Syabas juga diucapkan kepada para pengundi yang telah menjalankan tanggungjawab mengundi dengan kepatuhan terhadap normal baharu dan SOP yang ditetapkan.



















Ulasan

Catatan Popular